Showing posts with label RESIPI. Show all posts
Showing posts with label RESIPI. Show all posts

2020-11-17

BEEF LASAGNA


Beef Lasagna ni fav si bongsu.....dah lama dia request suruh buatkan lagi tp penyakit M tu lama betul bertenggek.....lagi pun nak buat tak boleh sikit2, kena sekali harung frozen sbb si bongsu rajin je bab panaskan makanan2 beku nih..buat stok utk sumer sekali satu umah

Sapa nak makan boleh buat sendiri ya

BEEF LASAGNA

SOS MERAH
1 kg daging kisar
700 gm sos spaghetti bolognaise ready made
1 tin @ 300 gm tomato puree
1 biji bawang holland - cincang halus
5 ulas bawang putih - cincang halus
10 biji shitake mushroom - hiris halus
5 sudu besar minyak zaitun - boleh tambah jika perlu
2 biji tomato - potong dadu
Garam/Gula/Serbuk Lada Hitam

Panaskan periuk, masukkan minyak zaitun dan tumis bahan cincang tadi hingga layu. Masukkan daging kisar, kacau hingga air kering. Masukkan shitake mushroom, kacau lagi. Masukkan sos spaghetti, tomato puri, garam, gula, serbuk lada hitam, tomato dan masak hingga siap

SOS PUTIH
3 sudu butter
2 sudu besar tepung gandum
1 liter susu segar (atau boleh lebihkan)
4 slice cheddar cheese keping
Sedikit serbuk lada putih
Garam/Gula

Cairkan butter, masukkan tepung gandum. Kacau hingga sebati, masukkan susu. Kacau lagi. Bila mendidih, masukkan cheddar cheese, serbuk lada putih, garam dan gula secukup rasa. Masak biar sedikit pekat. Ketepikan

BAHAN2 LAIN
Lasagna sheet/kepingan lasagna
(saya tak celur cuma patah2kan dan susun berselang seli sos, lebihkan sos supaya kepingan akan lembut.
Mozarella Cheese Shredded

SUSUNAN DARI BAWAH:
1 - Sos Merah
2 - Lasagna Sheet
3 - Sos Merah
4 - Sos Putih
5 - Shredded Mozarella Cheese
6 - Lasagna Sheet
7 - Sos Merah
8 - Sos Putih
9 - Shredded Mozarella Cheese
10-Lasagna Sheet
11-Sos Merah
12-Sos Putih
Last -Shredded Mozarella Cheese cover atas

Cover dengan foil bahagian atas, bakar selama 30 minit suhu 160'C convection oven, buka penutup sambung bakar lagi 30 minit. Siap/

Untuk resipi ni dapat 2 bekas saiz 8 in ni.....haih.....bila buat sendiri kos lagi mahal sbb sumer kita top up bnyk2 kan....tabur cheese pun melimpah2..

SHELL OUT DALAM KEBUN



Along request nak makan shell out, biasanya kami makan dkt kedai makan je.  So, hari minggu aritu, bagitau dkt en hubby minta belikan seafood2 mana yang ada le untuk buat shell out.  Plannya nak makan anak beranak dalam kebun, tempat saya bercucuk tanam pelbagai ulam-ulaman.  

Bila makan shell out ni keje masak mudah sebenarnya sebab cuma buat satu lauk sahaja, tak de le penat nak basuh2 pinggan sbb kita makan berhidang atas plastik sahaja.

SHELL OUT
Diolah dari sumber : Azlita Masam Manis

Bahan Tumis :
Bawang Putih
Bawang Merah
Halia
Daun Kari
Daun Limau Purut
Minyak

Bahan Kisar : 
Bawang Merah
Bawang Putih
Halia
Cili Kering - direbus lembut
Belacan
Udang Kering

Bahan Sos :
Serbuk Kari Ikan + Serbuk Kari Daging - jadikan pes
Sos Tiram
Sos Ikan
Serbuk Lada Ikan
Kiub Pati Ayam
Garam/Gula Jika Perlu

Seafood - Lala/Ketam/Sotong/Udang - direbus sekejap, simpan airnya
Sayuran - lobak merah/ubi kentang (rebus dan goreng sebentar)/Daun Parsley

Tumis bahan tumis terlebih dahulu.  Masukkan bahan kisar, biar hingga kering.  Masukkan rempah kari ikan/kari daging dan masak hingga pecah minyak.  Masukkan air, masukkan bahan2 sos lain.  Saya guna air dari rebusan bahan2 seafood.  Perasakan dan biar kuah pekat atau ikut sesuka hati.

2019-03-10

MACARON


Saya dah biasa testing mcm2 resipi untuk macaron.  Boleh dikatakan banyak juga le yang masuk tong sampah sbb tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan hehe.....tp tak apa le, nama pun proses belajar.  Walaupun sekarang ada je yang dah jadi elok, tetap ada gak yang tidak boleh diselamatkan.  Kadang2 factor cuaca mempengaruhi sbb macaron yang nak dikeringkan sampai sudah tak kering2.  Kadang2 ada je cepat kering, mungkin juga factor resipi, mungkin juga factor lain yang tidak diketahui.

Ada masa bila tengok resipi2 mudah, saya tetap nak cuba untuk tengok bagaimana hasilnya.   Saya cuba macam-macam teknik dari teknik swiss meringue dan juga teknik French macaron, ada yang serasi, ada yang tidak.  Jadi yang penting, ikut le mana yang memudahkan masing-masing.  Saya dah stick ngan beberapa resipi yang dah biasa tp yang ini saya cuba teknik untuk tidak melalui proses pengeringan seperti biasa.

Untuk batch pertama yang dipaip, bila masuk sahaja ke dalam oven agak mengecewakan.  Semuanya membukit dan pecah dan tidak mengeluarkan kaki masing-masing.  Yang menghairankan batch ke dua dan seterusnya sukses pula.  Adunan yang sama sahaja.  Adunan kedua saya biarkan di luar sementara menunggu batch pertama masak, sekitar 15 minit begitu sahaja.  Tak dibiarkan kering tp bila dipegang, permukaan macaron tidak melekat/melekit dan masih lembut.
 
MACARON (Non Resting)

125 gm almond powder (ayak)
125 gm gula aising (ayak)

90 gm putih telur
125 gm gula castor
Pewarna

Putar putih telur sehingga berbuih dan masukkan gula castor secara berperingkat sehingga 3x.  Masukkan pewarna dan teruskan putar hingga ia menjadi kental.

Masukkan adunan putih telur tadi ke dalam adunan almond dan gula aising yang telah diayak dan guna teknik 'scrapping' dengan menggunakan scrapper, tekan2 biar hingga adunan menjadi seperti adunan kek bila diangkat kejatuhannya.

Mula paipkan dan buang gelembung udara jika ada.  Boleh terus dibakar pada suhu 150'C selama 15-20 minit (bergantung oven masing-masing.

  

2019-03-03

CUPCAKE - THEMED COMPUTER

Alhamdulillah, theme kali ni dapat dari customer ala-ala computer gadjet.....dapat customer sangat2 tidak cerewet dan sangat2 baik hati.  Senang nak bekerjasama bila diserahkan kepada kami, cuma kami berdasarkan sample yang diberikan.  Senang bertoleransi.  Terima kasih dear n semoga kita dapat bekerjasama lagi di lain kali.  Insya-Allah.

Untuk resipi cupcake yang digunakan bagi tema ni, sila scroll ke bawah.




 
 


Yang mana-mana sekitar Kangar/Perlis yang ingin berurusan mengenai laptop, boleh sahaja hubungi no tertera.  Kedai customer terletak di Tingkat 1, Bangunan The Store.



BUTTER CUPCAKE

130 gm butter
200 gm susu pekat
1 sudu teh ovalette
1 sudu teh esen vanila

Putar bahan ini sehingga gebu dan putih.
 
4 biji telur

Campurkan telur sebiji demi sebiji.

140 gm tepung gandum

Masukkan tepung gandum, kaup balikkan sahaja.

Cherries

Isikan 1/2 adunan dalam acuan.  Taburkan cherries di atas kek untuk hiasan.  Bakar selama 30-40 minit pada suhu 140-150'C, bergantung oven masing-masing.
 



2019-02-28

DETOX JUICE


Alhamdulillah, lama tertangguh nak buat detox juice ni.  Petang tadi sempat suruh en suami belikan nanas, khusus untuk buat juice ni.

Sebagaimana yang semua org tahu, nanas ni bagus sebagai makanan sumber kalori rendah untuk menurunkan berat badan.  Di sebalik rasa masam manis, banyak khasiatnya untuk membantu membuang segala toxin di dalam badan.  Nanas mengandungi enzim bromelain yang membantu mencernakan protein dan memecahkannya menjadi amino acids.  Ia membantu mengurangkan perut buncit!! 

Nanas ada kandungan air dan vitamin c yang tinggi, jadi bagus untuk dijadikan minuman diet yang bagus, ditambahkan pula dengan celery dan tambahan extra lemon. 

Tapi matlamat utama saya tidak le untuk diet, ia lebih sebagai minuman nyahtoksin supaya perut lebih selesa.  Apa pun yang kita nak amalkan mesti le konsisten baru nampak hasilnya.  Ambil le sebelum makan pagi semasa perut kosong atau terpulang selera anda, sekurangnya 3 kali seminggu itu sebaiknya. 

Nanas pun bukan le murah sekarang, sebiji ni pun dlm RM8 dan utk dptkan pati jus ni guna hmapir 3/4 biji nanas besar tu. 


Okay... jemput mencuba minuman yang lazat ni.

DETOX JUICE

3/4 biji nanas
Celery - saya tambah sbb ada stok di dalam peti, celery juga bnyk khasiatnya
1/2 biji lemon 
1/2 biji perahan air lemon

Semua bahan dikisar tanpa air.  Lemon dikisar bersama kulitnya.  Akhir sekali campuran juice tadi dicampur dengan perahan air lemon. 

Minum le tanpa campuran bahan2 tambahan seperti ais sumer tu.  Biar fresh.





Tempahan baking dan jahitan masih dibuka seperti biasa, sila klik link di sebelah ya



DIY MEE KUNING



Dah 2 hari pening kepala, kata doktor keracunan makanan....tak sure lak apa yang dimakan....mungkin gak cuaca, mgkn gak mmg badan pun dah tak sihat.  Dah rehat tu bosan di rumah terasa nak makan mee kuah pulak.  Masa ni le teringat mesin falcon dah lama tak berusik, sejak dari rosak aritu, lepas je beli spare part ganti, belum lagi testing untuk tugas2 buat mee ni.  Sebelum ni mmg lasak kena buat mee.

Masuk dapur, godek2 siap gak.  Sekejap je nak buat.  Dah ready utk dimasak... masak apa ya? Teringin mee kuah versi kelate, anak2 mee goreng kot tp lauk2nya ada ayam je le

DIY MEE KUNING

4 cwn tepung gandum
1 cawan air
1 biji telur
Sedikit pewarna kuning

Mix telur dengan air. 
Masukkan tepung dalam mesin, masukkan air sedikit demi sedikit, x perlu semua.Kemudian boleh gelek dengan mesin mee. Adunan mesti kering dan x basah. Rebus dengan air dan minyak. Toskan.
Selepas ditoskan, lumurkan mee dengan sedikit minyak.  Simpan dalam peti ais dalam plastik bila sudah sejuk.

**dpt 1 kg mee..





Siap dah menu buat makan malam....

2018-10-01

RESIPI - TAPAI UBI


Tapai Ubi ni biasa org luar kelate x reti sangat makan ni... sbb rasa dia sedikit pelik...tp kami suka makan ngan cendol ais buat buka puasa...atau buat goreng.. stok sikit je nak simpan nak buat apam n nak goreng2


TAPAI UBI

Ubi Kayu - rebus separa masak, jgn sampai terlalu lembut

- toskan, susun atas rak bersih dan biarkan benar2 sejuk
1 biji ragi - parut guna pemarut halus, sediakan tapisan halus

Susun ubi kayu yg telah sejuk, gunakan tapisan utk susun supaya air peraman turun ke bawah bekas. Dengan menggunakan penapis halus, tabur ragi pada ubi kayu. Gunakan sarung tangan, balikkan ubi dan tabur lagi biar sekata.

Tutup bekas rapat, balut dengan kain dan simpan dlm almari yg gelap. Selepas 2 hari, bolehlah dimakan.

NOTA : Tiada pantang larang menyediakan tapai, apa yg penting ubi mesti betul2 sejuk dan tangan mesti bersih semasa mengendalikan proses.

2018-09-06

RESIPI - FRUITY PASTRY CAKE

FRUITY PASTRY CAKE

RECIPE
Pan 9 x 6 x 3 in

150 gm butter
280 gm bula castor
5 biji telur Gred B
310 gm Tepung Gandum
150 gm yoghurt
1 sudu teh esen vanila
1/2 sudu teh parutan kulit oren

Buah2an segar - sesuka hati







CRUMBLE
Tiada sukatan, agak2 sedikit tepung gandum, sedikit gula. castor, gula perang dan butter sejuk dr peti ais dipotong dan digaul ramas hg jdi serbuk.

Cara adun kek

Mix butter n gula hingga putih. Masukkan telur satu persatu, jgn over mix. Masukkan parutan lemon, esen vanila, tepung gandum. Kaup balik dengan spatula sahaja. Masukkan yoghurt, kaup sebati

Alas loyang dan ratakan adunan. Susunkan buahan pilihan tanpa ditekan. Taburkan crumble jika suka.

Adunan tebal dan loyang kecil perlukan masa membakar yg lama berbanding guna loyang rendah dan besar. Pilihan masing2.

Suhu 180'C, 1 jam 15 minit, walau bagaimanapun bergantung oven masing2 ya..

Bake at ur own risk k...