2020-09-26

BIHUN GORENG SIMPLE


Hari minggu kan...kita masak yang simple2 sahaja, bihun goreng x payah lauk pauk bagai, yang ada dlm peti ais cuma sedikit sayur n bihun ni lak sumbangan dr bantuan masa pkp aritu.


BIHUN GORENG SIMPLE

1 bungkus bihun - saya guna cap keluarga, rendam dlm air hingga lembut.

Bahan Kisar:
5 ulas bawang putih
Segenggam udang kering
Sedikit air

Sayur yg disukai - saya guna karot, kailan, kobis dan taugeh

3 biji telur
1/2 ketul kiub pati ayam, hancurkan
Garam
Sedikit cuka
Air - sekiranya perlu

Panaskan minyak.  Tumis bahan kisar hingga naik bau.  Ketepikan, tuang telur di sebelah dan kacau rata.  Kemudian sebatikan, baru masukkan sayur sayuran tadi.  Bila dah layu, masukkan bihun.  Gaul rata, masukkan cuka, air dan serbuk perasa/garam.

Siap.

I LOVE PINK

I Love pink!!  
Dah lama berkenan set silikon ni...akhirnya dpt jugak grab.  Setelah survey berbulan lamanya, dpt gak le rembat satu set RM39,,,yg sudip pink tu lak RM6.90 satu, tngk stok cuma ada 2 jadi kita ambik sumer je le.  Si angsa pink tu pulak RM5.70 satu.

Skrg ni target cari yg pinky2 saja, tp x semua leh dpt pink sbb dah lama ada.  Utk yg baru je kita cari yg pink2.

Penimbang digital tu lak dah lama, x ingat dah harga berapa tp x sampai RM10.  

Ini dkt bilik baking kami.

2020-09-22

MY KEBUN DI MUSIM HUJAN

My kebun ni mostly ada ulam ulaman n pokok buah.  Pokok bunga ada le sepohon dua, x berapa minat nak tanam pokok yang x boleh digunapakai utk masakan.

Time2 hujan macam sekarang ni, rumput2 pun laju je tumbuh.  Pokok2 ulaman pun apa lagi, segar bugar.  Tak lupa skrg kami make sure letak Baja AB untuk kesuburan pokok.

Alhamdulillah, semua membesar bagai johan.  Daun kunyit pun sampai terlebih lebar dah.  Bila dah bnyk ni, x tahu pulak nak guna buat apa hahaha.  Nak simpan bagi tahan lama pun x pasti mcm mana.  Nanti le fikir mcm mana nak panjangkan usia daun2 ni.


Bayam Brazil ni semai dr batang, yg kami bwk balik lepas makan kat kedai hehehe.

Pegaga ni x tanam, asalnya jumpa tumbuh celah2 pokok nanas.  Kami alihkan dan skrg terus membiak. 

Kesum ni beli sebekas dr Cameron Highland.  Geram sbb semai x pernah menjadi.  Balik dr sana, terus cantas pucuk n cucuk2 dlm bekas polisterene ni.  Mix dgn baja, teruss segar bugar membesar.

Daun Kunyit ni asal hidup segan, mati x mau.  Haa kene le pepatah tu, alih dr tanah ke bekas polisterene, skrg dah sihat gebu.

2020-09-21

KE GANU JAP KITA - PANTAI PENARIK, TERENGGANU

 



Cuti-cuti lagi, transit sekejap di sini, di Pantai Penarik.  Banyak kedai2 makan berasaskan makanan laut yang disalut tepung, cicah lak ngan sos...sedap sangat.  Sesiapa yang ke Kuala Terengganu melalui jalan pantai terutamanya pasti akan melalui kawasan2 ini.  Banyak tempat boleh disinggah untuk menjamu selera.

Pantai di Terengganu ni cantik-cantik, bersih cuma tak digalakkan untuk mandi mandi kerana pantainya yang agak dalam.  Lagi pula sekarang ni musim ombak kuat, jadi agak merbahaya.  Apa apa pun pastikan keselamatan diutamakan.











FLOATING MARKET, PULAU SURI, KUALA BESAR, KELANTAN

First time sampai ke Pulau Suri di Kuala Besar, Kelantan.  Sambil-sambil balik menjenguk mak di kampung, sempat le singgah di sini sekejap.  Nak tengok apa yang menarik, itu je. 

Kuala Besar tak jauh dari Pantai Cahaya Bulan, berdekatan dengan LKIM Kelantan.  Jeti ke Pulau Suri sebenarnya ada beberapa, tetapi dari Kuala Besar, perjalanan cuma sekitar 10 minit sahaja.  Sesiapa takut nak menaiki sampan berenjin lama-lama sesuai le naik di sini.  Sungai Kelantan ni besar n agak dalam rasanya tp pengalaman yang menyeronokkan menaiki sampan ni.

Satu kepala dikenakan bayaran dalam RM2 sahaja dan biasanya satu sampan boleh memuatkan sekitar 5-6 orang sahaja.  Sebaik menaiki sampan, jangan lupa pakai life jacket yang disediakan, ini penting untuk keselamatan.

Pulau Suri ni cuma pulau kecil yang terletak berseberang sahaja dengan Kuala Besar, dekat sini bolehlah merasai pengalaman seperti berada di Floating Market Hatyai.  Lagi2 musim sekarang ni, pintu sempadan ditutup agak lama, jadi lepas le kempunan nak merasa tu. 

Orang agak ramai bersesak2 le juga.  Tempat duduk ada disediakan, tetapi tidak le mencukupi jadi ada disediakan juga tikar-tikar untuk disewa RM2 sahaja.  Jadi boleh le lepas beli makanan, santai-santai seperti berkelah di sini. 

Makanan ada dijual dekat sampan-sampan, ada juga dijual di atas daratan berdekatan.  Cuma servis agak lambat sehinggakan que nak membeli makanan punya le panjang, ada jugak yang tidak menghormati orang-orang yang sedang que dengan memotong barisan.  Dekat sejam juga le beratur untuk tiap2 makanan.

Untuk balik, bayaran dikenakan juga seperti masa nak masuk ke pulau.  Masa ni kena berebut nak naik sampan sebab tidak ada sistem que yang betul.  Jadi sapa cepat, dia le dapat. 
















MY HOMEMADE MASK - COVID 19

 

Penularan wabak Covid 19 bermula sejak Mac 2020 dan masih berlarutan sehingga sekarang.  Bermula dengan buat suka2 sahaja untuk kegunaan sendiri, rakan-rakan pula menempah dan bertambah ke tempahan online dari Shopee.  Alhamdulillah, sekarang masih lagi mengambil tempahan sedikit sedikit sahaja sekadar memenuhi permintaan, agak meletihkan untuk menjahit mask ni sampai berpuluh2 seperti awal2 buat dahulu.

Siapa2 yang nak boleh je terus ke kedai shopee saya, senang berurusan di sana sahaja.

Ini adalah antara tempahan yang sempat disnap untuk diabadikan di blog yang lama telah terbiar tanpa perhatian ni.  Slow slow kita akan update masak2, baking2, berkebun dan lain lain untuk kenangan di sini.