2019-03-10

MACARON


Saya dah biasa testing mcm2 resipi untuk macaron.  Boleh dikatakan banyak juga le yang masuk tong sampah sbb tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan hehe.....tp tak apa le, nama pun proses belajar.  Walaupun sekarang ada je yang dah jadi elok, tetap ada gak yang tidak boleh diselamatkan.  Kadang2 factor cuaca mempengaruhi sbb macaron yang nak dikeringkan sampai sudah tak kering2.  Kadang2 ada je cepat kering, mungkin juga factor resipi, mungkin juga factor lain yang tidak diketahui.

Ada masa bila tengok resipi2 mudah, saya tetap nak cuba untuk tengok bagaimana hasilnya.   Saya cuba macam-macam teknik dari teknik swiss meringue dan juga teknik French macaron, ada yang serasi, ada yang tidak.  Jadi yang penting, ikut le mana yang memudahkan masing-masing.  Saya dah stick ngan beberapa resipi yang dah biasa tp yang ini saya cuba teknik untuk tidak melalui proses pengeringan seperti biasa.

Untuk batch pertama yang dipaip, bila masuk sahaja ke dalam oven agak mengecewakan.  Semuanya membukit dan pecah dan tidak mengeluarkan kaki masing-masing.  Yang menghairankan batch ke dua dan seterusnya sukses pula.  Adunan yang sama sahaja.  Adunan kedua saya biarkan di luar sementara menunggu batch pertama masak, sekitar 15 minit begitu sahaja.  Tak dibiarkan kering tp bila dipegang, permukaan macaron tidak melekat/melekit dan masih lembut.
 
MACARON (Non Resting)

125 gm almond powder (ayak)
125 gm gula aising (ayak)

90 gm putih telur
125 gm gula castor
Pewarna

Putar putih telur sehingga berbuih dan masukkan gula castor secara berperingkat sehingga 3x.  Masukkan pewarna dan teruskan putar hingga ia menjadi kental.

Masukkan adunan putih telur tadi ke dalam adunan almond dan gula aising yang telah diayak dan guna teknik 'scrapping' dengan menggunakan scrapper, tekan2 biar hingga adunan menjadi seperti adunan kek bila diangkat kejatuhannya.

Mula paipkan dan buang gelembung udara jika ada.  Boleh terus dibakar pada suhu 150'C selama 15-20 minit (bergantung oven masing-masing.

  

2019-03-03

CUPCAKE - THEMED COMPUTER

Alhamdulillah, theme kali ni dapat dari customer ala-ala computer gadjet.....dapat customer sangat2 tidak cerewet dan sangat2 baik hati.  Senang nak bekerjasama bila diserahkan kepada kami, cuma kami berdasarkan sample yang diberikan.  Senang bertoleransi.  Terima kasih dear n semoga kita dapat bekerjasama lagi di lain kali.  Insya-Allah.

Untuk resipi cupcake yang digunakan bagi tema ni, sila scroll ke bawah.




 
 


Yang mana-mana sekitar Kangar/Perlis yang ingin berurusan mengenai laptop, boleh sahaja hubungi no tertera.  Kedai customer terletak di Tingkat 1, Bangunan The Store.



BUTTER CUPCAKE

130 gm butter
200 gm susu pekat
1 sudu teh ovalette
1 sudu teh esen vanila

Putar bahan ini sehingga gebu dan putih.
 
4 biji telur

Campurkan telur sebiji demi sebiji.

140 gm tepung gandum

Masukkan tepung gandum, kaup balikkan sahaja.

Cherries

Isikan 1/2 adunan dalam acuan.  Taburkan cherries di atas kek untuk hiasan.  Bakar selama 30-40 minit pada suhu 140-150'C, bergantung oven masing-masing.
 



TRIP TO BANGKOK BY CAR (SHARING INFO)

Apa nak buat sebelum travelling by car ke Bangkok?  Saya share info berdasarkan pengalaman saya sahaja ya....

Sediakan kelengkapan di bawah, perkongsian ini hanya utk mereka yg merancang membawa kenderaan sendiri n first timer sahaja:-

Early Februari baru2 ni planning a vacation ke Bangkok. Sebelum2 ni dah biasa ulang alik ke Hatyai atau Krabi @ Phuket by car jugak. Cuma kali ni, saya buat sedikit note sharing untuk sesiapa yang nak berkereta ke Negara sempadan ini. We love travelling to Thailand so much, cuma jarang note down perjalanan tu seperti kali ni. Memandangkan nak travel jauh sikit secara berkereta juga sampai ke Bangkok, maka dari awal saya buat plan untuk note sikit buat info dan juga sebagai diary sendiri.


 
1) Borang TM2 (2 salinan iaitu inbound dan outbound) - utk perakuan membawa kenderaan dengan penumpang, serahkan kepada pegawai imigresen Thai bersama passport, dptkan kembali borang TM2 outbound utk kegunaan semasa keluar dr Thai nanti, simpan elok2
 
2) Borang TM3 - biasa dikepilkan bersama borang TM2, ia adalah borang senarai penumpang yang bersama2 dlm kenderaan anda
 
3) Borang TM6 - borang putih sekeping, tertulis arrival dan departure, diselitkan bersama passport dan borang TM2/TM3, keratan departure akan dikembalikan dan simpan utk tujuan keluar dr Thai

4) Passport (sudah semestinya le kan 😁) - melainkan sekadar ke negeri thai bersempadan malaysia bagi warga yg lahir di Perak, Perlis, Kedah dan Kelantan boleh guna border pass (biru) tp x boleh melepasi sampai ke Krabi atau Surat Thani, Nakhon Sitthammarat atau Trang... itu utk Satun, Songkla, Yala n Narathiwat je..

5) Lesen Memandu - x perlu lesen antarabangsa sbb dah ada perjanjian antara Thai dan Malaysia berhubung perkara ini.  Ingat, pakai tali pinggang sepanjang masa, saman on d spot THB100 jika anda ditahan.  Polis Thai sentiasa buat sekatan sepanjang jalan.

6) Geran original + buatkan salinan utk sebarang kecemasan, jika bukan tuan punya kereta, kena ada surat kebenaran.

7) Detail Terperinci Kenderaan dan Insurans - dptkan di Pejabat JPJ dengan harga RM20 utk buat carian, ini sekadar langkah keselamatan memandangkan kita akan memandu di negara orang

9) Compulsory Motor Insurance - insurans wajib ini diperlukan jika ada kemalangan melibatkan warga thai termasuk coverage perubatan mereka - boleh ambil ikut tempoh perjalanan atau buat terus utk setahun

9) Insurans Extra - Third Party Motor Voluntary - yg ni juga perlu jika terlibat dengan kemalangan di Thai supaya sebarang tuntutan kerosakan kenderaan warga Thai boleh dibuat menggunakan insurans tersebut.  Insurans ni hanya boleh diambil slps buat CMI tadi dan ikut tempoh masa CMI juga

0) Insurans Perjalanan Luar Negara - yg ni sukarela, tp better ambik utk perlindungan jika ada apa2 berlaku kepada kita sekeluarga bertujuan melindungi perubatan, kemalangan dan tuntutan2 lain.  Utk tujuan ini saya ambil Tokio Marine, kos berbeza ikut negara, begitu juga perlindungan berbeza ikut negara dan tempoh.  Takaful Malaysia ada menyediakan extra perlindungan kenderaan bagi perjalanan ke Thailand semasa renew insurance kenderaan, jika selalu berulang alik digalakkan buat bayaran tambahan bagi tempoh setahun tersebut, jadi ada coverage ke atas kenderaan anda jika ada kerosakan atau kemalangan.

11) Tukaran Wang - buat tukaran wang di mana2 pusat pengurup wang, perhatikan kadar tukaran semasa, tukar ikut keperluan sbb di Thai, kadar tukaran duit Malaysia lagi teruk jika tukar di sana, duit RM10 misalnya ditukar dgn kadar berbeza lebih rendah berbanding tukaran semasa.  Jadi jika nak buat tukaran di sana, bawa not RM50 dan RM100.

2) Utk keselamatan, slot semua dokumen dlm fail (as my pink file) supaya tidak misplace. Semua passport pula biar je mak2 simpan dlm satu poket dlm beg, dlm hal ni bawa le backpack, traveller kan, x yah nak melawa ngan beg cinonet ke sling bag ke..

13) Sila servis kereta ya, standby keperluan basic mcm jumper, battery (mcm saya guna bateri kering so x leh nak agak tempoh), pam tayar dll.  Yg pasti bawa kereta dengan berhati2, ingat kita pelancong je.

Tambahan keperluan lain:-

1- Sebagai traveller, bawa le selipar utk standby melainkan anda nak pergi melawa dlm shopping complex je hehe

2- Cuaca di Thai terutama kawasan pantai sangat panas, bawalah sunscreen lotion, rentung le kalu dak guna

3- Standby sedikit makanan spt roti dan air sepanjang perjalanan ke Bangkok sbb masa perjalanan sekitar 13 jam non stop atau 19 jam jika anda bnyk berenti utk sight seeing atau ke tandas dsbnya, melepasi Phuket agak susah cari tmpt makan atau mgkn mudah kita terlepas pandang kedai yg halal.  Kalau anda stop bermalam on d way tak de masalah sangat.

4- Bawa first aid kit, kita tak tahu sebarang kemungkinan

5- Stamina...a'aa..kena ada stamina utk melangkah 10k setiap hari, kita bukan nak turun naik shopping complex je tp kita nak explore tmpt orang kan... kena le berjalan supaya mata leh tngk kiri kanan depan blkg atas bawah apa yg ada di sekeliling..

6- Standby duit utk fee overtime kepada imigresen Thai,hari minggu mmg dianggap sbg hari full day overtime fee atau pada hari biasa utk urusan sblm 8.30 pagi waktu Thai, 12-1 pm dan dr jam 4.30 hg 11 mlm..bayar ikut apa yg disebut oleh pegawai Thai tersebut, selain dr masa tersebut x perlu duit tip ni. 

Saya kena THB45 iaitu THB25 utk driver, THB5 utk penumpang, masa masuk dan keluar dr Thai.

7- Sekali lagi, mak2 bwk le beg galas...bila lalu tmpt crowded galas le di depan ya sbb takut pickpockets, bawa botol mineral kosong sentiasa sbb ada tandas di Bangkok x ada paip air, mana tahu tiba2 tercirit sbb dah mkn mcm2 kan..

8- Jgn lupa beli Thai Sim Card utk traveller dkt 7E Thailand, beli satu je, set hotspot utk satu famili guna.  Setengah data boleh topup bila masuk ke web pengendali data menggunakan link sms yg kita terima.  Cuma THB299 sahaja (RM±30+) cukup utk seminggu.  Nak beli kena pass passport utk register nombor.

Nota :

ops lupa... anda kakitangan awam? Make sure anda dpt pelepasan dari ketua jabatan terlebih dahulu utk sebarang perjalanan ke luar negara ya.  Semua kakitangan awam termasuk badan berkanun adalah tertakluk kepada peraturan ini, pelepasan ini meliputi insurans perjalanan oleh kerajaan.  Walaupun diperakui ada je kakitangan awam yg tidak memohon pelepasan ini dan keluar negara sesuka hati saja.  Terserah, tp perlu diingatkan tidak mengisytiharkan perjalanan ke luar negara termasuk berulang alik ke sempadan adalah satu kesalahan di bawah peraturan tatatertib kakitangan awam.

Sesetengah badan berkanun mempunyai badan lembaga dan peraturan tersendiri, maka peraturan mungkin berbeza sekarang.