2018-08-23

INSTANT SYRIA ZAYYAAN





 



Instant Syria Zayyaan

Saiz M
Muka 10.5
Material Awning : Double Cotton, Berdagu
Kain material lycra (mix stretchable lycra/moss crepe)
Labuh hadapan 16 in



SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA


Kita siapkan sedikit tempahan untuk hari raya aidiladha....masa tak mengizinkan untuk ambil tempahan2 lain sebab bz ngan keje ngan ambil peluang bercuti dengan keluarga sebelum hari raya ni.  Balik bercuti terus kelam kabut siapkan tempahan.  Alhamdulillah sempat gak siap.

Butter cake and biskut favourite customer ulang order untuk raya haji pula....ada request no problem kita buatkan aje...


2018-08-15

MY BAKING ROOM



Di sini adalah di mana Batriesyia Homemade beroperasi secara homemade.  Ada satu sudut kecil untuk buat kerja-kerja baking supaya tak diganggu sesiapa or mengganggu orang lain.  Mengalih kelengkapan  tak kira masa tu kira wajib le untuk ambik mood, sbb bukan selalu pun nak lepak2 di sini.  Once dah lepak mmg makan berjam2, kdg berhari2.  As notice dlm ni hobi utama saya adalah baking n menjahit, not really kerja utama, just hobby je.  Saya ada kerja tetap so tempahan mmg hanya disiapkan pada masa lapang sahaja.  Oleh sebab itu, saya tak galakkan tempahan datang last minute, better rancang awal2 sbb kadang2 saya pun banyak outstation.



Di bilik ni takde tampal2 sijil or whatsoever, yg ada gantung sijil pengendali makanan aje.  Sijil2 sumer ada dalam folder fail, sbb takut nanti rosak.  Semua tu kenangan sejak dari tahun 2005 lagi sejak mula kenal dunia baking.
Ok cukup le dulu....

FANCY FRUIT TART UNTUK HANTARAN



Fancy fruit tart untuk hantaran, tempahan customer smlm....blur pulak snap gambar kali ni....sbb baru nak testing kamera phone baru....gara2 phone lama bateri dah nazak....pastu malas rasa nak edit kecerahan gambar yang ada...

Untuk fruit tart kali ni kita testing buat buah baru lak...kita buat buah jambu versi lain sikit dari sebelum ni, pastu tambah buah lemon.....panjang2 lak lemon kami hehe....

Berminat nak order? Leh je....sila klik link di bawah ya

http://wasap.my/+60194242226



2018-08-14

ZIPPER PHONE POUCH



Another zipper phone pouch done....yg ni saiz dilebihkan sedikit dari saiz besar yang biasa buat supaya nanti leh fit saiz phone yang lebih besar.  Semua kita adjust nanti according to size kecuali yang ready made dkt online mall le ya.

Apa2 pertanyaan boleh klik link di bawah ya

http://wasap.my/+60194242226




ZIPPER PHONE POUCH

Alhamdulillah siap tempahan zipper phone pouch lagi....sapa2 berminat leh le kabor atau lepas raya nanti leh je skodeng kedai shoppee online kita k.... link ada kat kotak di sebelah.....tp lepas raya baru kita letak readymade produk satu demi satu.....saja seronok2....sapa sudi jengah silakan....

Yang ni saiz sama ngan kita punya, pilihan warna corak untuk design hadapan customer yang pilih, yang lain kita akan matchingkan dengan mana-mana design yang bersesuaian.




2018-08-05

ZIPPER PHONE POUCH LARGE



Another project, yang ni fit my phone saiz screen 6 in + leh gak sumbat power bank (as dlm pic), leh gak nanti slot duit ringgit sbb ada 2 slot zipper untuk digunakan.  Slot depan kita sumbat phone...so cuwittt gitu.....ini le sebabnya kami suka ada mcm2 stok kain n aksesori dalam bilik jahit, so bila ada project, leh pilih2 aje....

Untuk yang ni adalah hak milik tuan badan, puas hati dapat jahit sendiri dengan penuh kasih sayang, penuh kepuasan rasanya.  Nak pesen mana, nak kaler apa, nak letak apa terserah sendiri jadi itu le yang istimewa something yang kita panggil handmade nih....it's not something you simply boleh pick2 dekat kedai mcm tu je...

Saiz 9 in x 5 in
2 pocket side by side, zipper pocket
1 outer pocket with snap button
RM45


Untuk tempahan, boleh klik link di bawah:-

http://wasap.my/+60194242226




ZIPPER PHONE POUCH



This is a project done di waktu senggang....alhamdulillah.....nampak simple and sweet kan tp projek ni mmg guna banyak kain.  Outcome alhamdulillah, puas hati and open for sale.  Yang minat boleh je request....saiz ni saiz mini sesuai le untuk phone dengan bukaan screen 5 in ke bawah, boleh gak phone 6 in tp nanti padat untuk letak power bank (if nak letak le), tp leh letak duit sbb ada poket kiri kanan berzip.  Phone leh letak kat poket luar yang attach ngan snap button.

Material : Japanese/English Cotton
Saiz 4 in x 8 in
2 pocket side by side, zipper pocket
1 outer pocket with snap button
RM35

Untuk tempahan, boleh klik link di bawah:-

http://wasap.my/+60194242226




2018-08-03

SWEET BATRIESYIA - Instant Chiffon

Mulai hari ini, sebarang update psl baking n sewing (Sweet Batriesyia), kita akan update semuanya di sini.  Ini adalah untuk kemudahan memandangkan kedua2 my biz ni di bawah SSM menggunakan nama House Of Batriesyia.

Since mulai hari ini juga kita akan menggunakan sistem click and pay M2U and link payment ada di blog ini, so terpaksa kumpulkan semua di sini sbb link payment tersebut tak boleh create di dua blog berbeza.  Plannya untuk tukar nama blog ke nama biz tp itu susah sikit nak buat sebab nama ni dah lama ada dlm biz card, begitu juga blog sweet batriesyia kita tak tutup, masih tetap ada cuma update sahaja dibuat di sini.  Kita biarkan mcm ni sahaja le ya....sambil dpt info pasal kek and all those sweet desserts, kita cuci mata gak tngk tudung2, telekung and my kraf juga.. 

Ok le...nah meh citer psl tudung....





 

Pilihan kain yang ada seperti di bawah:-









Moh le kita menjahit sikit, boleh buat pakai pi keje esok....cari mood nak start jahit yang lain-lain pulak lepas ni....dah lama nak buat tudung guna kain chiffon ni, siap gak malam ni....kain chiffon ni nipis so kena le pakai ngan inner....malas tu ada gak tu nak baut 2 layer....awning pun kita guna fully chiffon gak....kalu sendiri nyer tudung tuh benang pun malas nak tukar kaler hehehe....kita guna apa yang ada kat mesin je...putih pun rendah aje le...

Nak order tudung mcm ni boleh je.....

http://wasap.my/+60194242226

Saiz M
Labuh hadapan 16 inci
Bukaan Muka 12 inci (standard)
(Jenis Printed Chiffon adalah berbeza2 tekstur kainnya)

1 layer (jarang, mesti dipakai bersama inner)
RM39

2 layer (layer dalam chiffon plain sebagai inner)
RM49

**Jika ada postage, kos adalah berasingan

2018-08-01

Cheese Tart Muncit Hello Kitty



Kita layan cheese tart muncit design hello kitty nih....



FANCY FRUITY TART




Tak lama lagi hari raya haji akan menjelma, tart buah ni mmg banyak permintaan bukan setakat hari raya, bahkan hari2 biasa...apa lagi kalau musim kenduri.  Skrg dalam proses nak mulakan proses mengetart lagi....alhamdulillah....


BABY MAC TEMPAHAN KENDURI


Alhamdulillah....selesai tempahan sebanyak 3k ++ pcs baby mac dari Nana, Shah Alam....penghantaran dibuat menggunakan khidmat bas ekspress dari Perlis ke Shah Alam, kali ni delivery bas pada waktu pagi memandangkan Nana bekerja, so Nana pickup di Seksyen 13, Shah Alam pada malam hari sama.

Untuk tempahan baby mac secara bulk ni kami tak insert sebarang perisa.  Saiz lebih kurang duit 50 sen baru sahaja.



Painted Cookies



Alhamdulillah....painted cookies untuk tempahan customer dari Kuala Kedah....tq Intan untuk tempahan ni sebanyak 4 set.....

RM50 utk 20 pcs (extra size including packaging)