2018-09-26

ZIPPER PHONE POUCH


Alhamdulillah....siap satu lagi zipper phone pouch tempahan sahabat untuk dihadiahkan kepada anakanda beliau yang berada jauh di Terengganu sempena ulangtahun.  Untuk tempahan kali ni ada add on sulam nama disulam terus di atas kain sebagaimana permintaan.

Jika berminat boleh sahaja terus wasap kami, price untuk saiz ni RM35 + RM5 untuk tambahan sulam, kos pos tidak termasuk lagi.  Saiz sedikit besar RM45 + RM5 untuk sulam.







2018-09-23

TEMPAHAN KEK



Alhamdulillah, kek karot tempahan customer saiz 8 x 16 in....berat dkt 4kg lebih kurang....berat gak...tp ni lebih kurang saiz 2 biji kek, tak dijual ikut kg, tp ikut saiz 8 in satu resipi.....frosting fully cream cheese tanpa campuran whipping cream, kira pure cheese + gula + butter anchor....ada layer nipis di tengah, sbb dah mewah ngan frosting di atas....side2 ada manik warna warni tp snap pic sblm letak manik, so kosong sahaja....

TQ customer untuk tempahan ni....


ZIPPER PHONE POUCH



Zipper Phone Pouch untuk diposkan ke Kuala Lumpur tempahan customer...alhamdulillah...kain corak bunga pilihan customer, kain lain kami akan matching-kan dengan yang bersesuaian.  Customer request sedikit nota pada kad sbb pouch ni untuk dihadiahkan kepada seseorang, ya...bisa diaturkan.

Saiz ni versi kecil sedikit, price RM35 dengan zipper pocket pada kiri kanan bag dan slot in pada hadapan bag ni.



2018-09-17

RESIPI - BINGKA UBI KAYU

Bingka Ubi Kayu.....projek ngan ubi kayu je kali ni, tapai lak masih diperam entah camne jadi ke tak sbb musim ujan2 ni + ubi putih ni mcm x bape cantik kejadian...ubi kuning lagi cantik n kecik2 isinya...tp kita perabiskan buat mcm2 ikut mood yg x berapa rajin...

Baru siap bakar, dah sagat dr smlm tp sbb ada hal lain, simpan peti ais dulu sambil tunggu ambik sagu ubi kayu tu.

BINGKA UBI KAYU
**Resipi sukatan sendiri sahaja

**1 kg ubi kayu yg telah disagat dan diperah - saya sagat kasar ngan penyagat letrik pastu kisar ngan mata pisau letrik dengan 200 ml air, masukkan dlm kain muslin dan perah, bahagian air biar hg terbentuk mendapan sagu dan buang airnya.  Ambil sagu di bahagian dasar bekas.  Parutan ubi pula ditimbang 1kg
**500 gm santan pekat
**250 ml air biasa
**2 sudu besar mentega
**1 biji telur
**1 1/2 cawan gula pasir
**Sedikit garam
**Pewarna kuning

Campur semua bahan kemudian sediakan loyang 10 x 10 in, alas dgn parchment paper, sapu minyak.  Tuang adunan dlm loyang dan bakar dlm oven yg telah dipanaskan.  Saya guna suhu 170'C selama dkt 2 jam.  Dah sejuk baru potong ya, ni x sabar nak try so potong panas2 je...wokay, dah leh makan...






2018-09-06

HELLO KITTY THEME CAKE

TQ Pn Mimi untuk tempahan kek hello kitty ni...dalam kek ada 2 flavour, blueberry n lychee.  Deco ngan buttercream saiz 8 inch.  Alhamdulillah berjaya mendeco teknik dotting ni sepenuhnya atas kek, seronok pulak.  Next project untuk deco theme potret girl buat surprise besday girl akhir bulan ni guna teknik ni jugak.  Hopefully semuanya berjalan lancar nanti.




RESIPI - FRUITY PASTRY CAKE

FRUITY PASTRY CAKE

RECIPE
Pan 9 x 6 x 3 in

150 gm butter
280 gm bula castor
5 biji telur Gred B
310 gm Tepung Gandum
150 gm yoghurt
1 sudu teh esen vanila
1/2 sudu teh parutan kulit oren

Buah2an segar - sesuka hati







CRUMBLE
Tiada sukatan, agak2 sedikit tepung gandum, sedikit gula. castor, gula perang dan butter sejuk dr peti ais dipotong dan digaul ramas hg jdi serbuk.

Cara adun kek

Mix butter n gula hingga putih. Masukkan telur satu persatu, jgn over mix. Masukkan parutan lemon, esen vanila, tepung gandum. Kaup balik dengan spatula sahaja. Masukkan yoghurt, kaup sebati

Alas loyang dan ratakan adunan. Susunkan buahan pilihan tanpa ditekan. Taburkan crumble jika suka.

Adunan tebal dan loyang kecil perlukan masa membakar yg lama berbanding guna loyang rendah dan besar. Pilihan masing2.

Suhu 180'C, 1 jam 15 minit, walau bagaimanapun bergantung oven masing2 ya..

Bake at ur own risk k...

2018-09-03

TEMPAHAN KEK




KEK LAPIS CHOCOLATE CHEESE



Kek Lapis Chocolate Cheese


TEMPAHAN ROTI JALA


Tempahan roti jala sekarang ni open je untuk hari bekerja...sebelum ni cuma selesaikan di hari minggu sahaja sebab rasa tak sempat.  Alhamdulillah dapat gak siapkan order2 ni masa hari bekerja, janji customer kena datang pick up le ya kat opis hehe

1 kg lebih kurang dalam 100+ pcs gitu, bergantung le kepada cara kirai nyer mcm mana.  Saya tak suka buat padat2 roti jalanya, supaya tak rasa terlalu tebal.  Kuah kari ngan ubi kentang, mmg ngam le buat cicah ngan roti jala.

1 kg RM35 - Roti Jala
1/2 kg ayam (kari ayam) -  RM35

Berminat nak tempah untuk sekitar Perlis leh je wasap kami ya:-

http://wasap.my/+60194242226
http://wasap.my/+601158885876