2019-02-28

DETOX JUICE


Alhamdulillah, lama tertangguh nak buat detox juice ni.  Petang tadi sempat suruh en suami belikan nanas, khusus untuk buat juice ni.

Sebagaimana yang semua org tahu, nanas ni bagus sebagai makanan sumber kalori rendah untuk menurunkan berat badan.  Di sebalik rasa masam manis, banyak khasiatnya untuk membantu membuang segala toxin di dalam badan.  Nanas mengandungi enzim bromelain yang membantu mencernakan protein dan memecahkannya menjadi amino acids.  Ia membantu mengurangkan perut buncit!! 

Nanas ada kandungan air dan vitamin c yang tinggi, jadi bagus untuk dijadikan minuman diet yang bagus, ditambahkan pula dengan celery dan tambahan extra lemon. 

Tapi matlamat utama saya tidak le untuk diet, ia lebih sebagai minuman nyahtoksin supaya perut lebih selesa.  Apa pun yang kita nak amalkan mesti le konsisten baru nampak hasilnya.  Ambil le sebelum makan pagi semasa perut kosong atau terpulang selera anda, sekurangnya 3 kali seminggu itu sebaiknya. 

Nanas pun bukan le murah sekarang, sebiji ni pun dlm RM8 dan utk dptkan pati jus ni guna hmapir 3/4 biji nanas besar tu. 


Okay... jemput mencuba minuman yang lazat ni.

DETOX JUICE

3/4 biji nanas
Celery - saya tambah sbb ada stok di dalam peti, celery juga bnyk khasiatnya
1/2 biji lemon 
1/2 biji perahan air lemon

Semua bahan dikisar tanpa air.  Lemon dikisar bersama kulitnya.  Akhir sekali campuran juice tadi dicampur dengan perahan air lemon. 

Minum le tanpa campuran bahan2 tambahan seperti ais sumer tu.  Biar fresh.





Tempahan baking dan jahitan masih dibuka seperti biasa, sila klik link di sebelah ya



DIY MEE KUNING



Dah 2 hari pening kepala, kata doktor keracunan makanan....tak sure lak apa yang dimakan....mungkin gak cuaca, mgkn gak mmg badan pun dah tak sihat.  Dah rehat tu bosan di rumah terasa nak makan mee kuah pulak.  Masa ni le teringat mesin falcon dah lama tak berusik, sejak dari rosak aritu, lepas je beli spare part ganti, belum lagi testing untuk tugas2 buat mee ni.  Sebelum ni mmg lasak kena buat mee.

Masuk dapur, godek2 siap gak.  Sekejap je nak buat.  Dah ready utk dimasak... masak apa ya? Teringin mee kuah versi kelate, anak2 mee goreng kot tp lauk2nya ada ayam je le

DIY MEE KUNING

4 cwn tepung gandum
1 cawan air
1 biji telur
Sedikit pewarna kuning

Mix telur dengan air. 
Masukkan tepung dalam mesin, masukkan air sedikit demi sedikit, x perlu semua.Kemudian boleh gelek dengan mesin mee. Adunan mesti kering dan x basah. Rebus dengan air dan minyak. Toskan.
Selepas ditoskan, lumurkan mee dengan sedikit minyak.  Simpan dalam peti ais dalam plastik bila sudah sejuk.

**dpt 1 kg mee..





Siap dah menu buat makan malam....

2019-02-18

2019 and a new chapter

2018 akhirnya dah selamat melabuhkan tirai, terlambat utk kemaskini sekarang sudah pun menjengah ke pertengahan Februari 2019 dah pun...tak apa le....yang penting hidup mesti diteruskan seperti biasa.

Pengakhiran 2018 akhirnya juga berakhirlah perkhidmatan sahabat seperjuangan di tempat kerja.  Selamat sudah berpencen.  Maka meraikan sahabat adalah satu kemestian, dan perancangan dibuat dengan sepakatan rakan2 yang lain.

Ini antara menu2 yang saya sediakan untuk santapan tetamu yang datang meraikan sahabat yang berpencen.  Alhamdulillah.








2018-10-23

HOMEMADE MUSHROOM SOUP WITH GARLIC BREAD



Homemade Mushroom Soup With Garlic Bread
Info Resipi : MAHN

300 ml air
500 ml susu segar
1 sudu besar butter
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit herba parsley
1/2 cawan tepung gandum - mix dgn air biar larut, agak2 je
1 tin cendawan butang - cincang halus
1 1/2 kiub pati ikan bilis
Garam secukupnya

Susu ngan air didihkan. Masukkan kiub, herba, lada hitam n cendawan cincang. Masukkan air tepung gandum, tapis. Masukkan butter. Kacau dgn api perlahan. Kalau pekat sangat, tambah air

GARLIC BREAD
Roti Perancis, slice serong
Butter secukupnya
Bawang Putih - cincang halus
Sedikit herba rosemary, parsley, thyme
Tumis bwg putih, masukkan herba Tutup api. Gaul dengan butter.


IDEA LUNCH / DINNER



Ini semua antara menu-menu saya mostly untuk dinner and ada juga untuk lunch.  Kadang2 idea tak ada juga tp bila bukak peti ais main agak2 saja le selera nak makan apa pada hari tersebut.

Jemput tengok idea2 ni, nama menu bila free2 nanti saya letak...setengah tu ada je dekat insta ada update ngan resipi time rajin nak menulis tu.


















2018-10-02

BABY MACARON LAGI



Tempahan kali ni mmg tempahan ad hoc, itu pun terpaksa minta gab hari sebab saya risau baby mac akan meragam.  Walaupun nampak seperti cookies paling mudah nak buat, tp baby mac adalah cookies yang paling saya risau untuk siapkan.  Sangat sensitif dengan cuaca, sangat sensitif dengan bahan, sangat sensitif dengan teknik dan mcm2 cabarannya.

Pernah terjadi bertray2 rosak, kadang2 semua bahagian tepi senget2 dan terpaksa diadun berkali2.  Sudahlah proses pengeringan adalah proses paling kritikal dan sangat memakan masa.

Dalam keadaan musim hujan sekarang yang tidak menentu, risiko baby mac tidak bekerjasama memang sangat tinggi.  Kira mmg kena gamble, final result baru kita tahu jadi atau tidak maka terpaksa ulang buat semula.

Alhamdulillah semalam semua baby mac bekerjasama dengan baik, takde satu pun yang tidak bekerjasama. 

Lega dapat siapkan, walaupun tempahan last minute, rasa kasihan pula dengan permintaan customer untuk hari lahir anaknya, kebetulan pula sedara hubby ada yang teringin nak makan so kita kira sekali jalan sahaja le.  Semua leh merasa. 

Merah - Red Velvet
Hijau - Green Tea

Take Note : Perasa dalam macaron adalah something yang not obvious sangat, sbb tenggelam dengan manis macaron terutama perasa yang tidak ketara seperti red velvet atau green tea ni, perasa yang paling ketara adalah peppermint, lycee mmg boleh kita rasa bila kita makan.  Untuk perasa kita tak boleh nak letak too much cecair dalam adunan macaron sebab akan merosakkan tekstur nanti.






BABY MACARON



Baby Macaron ready tempahan rakan2 sekolah anak.  Alhamdulillah....kali ni buat perasa peppermint (biru) dan perasa pandan (hijau).  Cuma RM15/30 pcs dengan inti peanut butter.




2018-10-01

KEK SARANG SEMUT aka KEK GULA HANGUS



Kek Gula Hangus tempahan customer, alhamdulillah yang ni kita siap potong as per requested.  Sbb nak dptkan corak ni kena betul cara potong, kalau potong mcm biasa mmg tak nampak le corak sarangnya tuh.  

Setiap kek kami jual berdasarkan satu resipi, satu kek.  X de sukatan timbangan, anggaran kami boleh bagi tp tak de yang tetap....kalau nak ikut berat, kek yang dah potong ni pun berat cecah 1.5 kg dah.  But no, kami ikut per recipe..kdg2 saiz pun kami tak ikut sbb ada masa kami bakar guna loyang 7 inci if nak kek tinggi, kadang2 kami bakar guna loyang 8 inci untuk saiz rendah sedikit.  Kek ni kecik, tp berat so kalau customer tak faham agak susah le jugak jika jual dlm gm/kg. 

Biasanya kek kami tak timbang sangat, sbb a bit unfair.  Macam kek sponge kat kedai2 bakeri, saiz boleh besar maybe cecah 10 inci tp berat mgkn tak sampai pun 1 kg, most kedai bakeri akan timbang selepas kek dah deco, so tak sama konsep n cara masing2 menentukan harga.  Macam kek ni, walaupun kecik tp sangat berat so if customer tak faham, akan ada masalah. 

So basically, kami prefer jual per recipe dengan anggaran saiz per recipe utk saiz apa.  Kebiasaannya untuk per recipe guna saiz 8 inci atau 7 inci.

Apa pun, mesti buat pertanyaan terlebih dahulu sebelum sebarang tempahan.



RESIPI - TAPAI UBI


Tapai Ubi ni biasa org luar kelate x reti sangat makan ni... sbb rasa dia sedikit pelik...tp kami suka makan ngan cendol ais buat buka puasa...atau buat goreng.. stok sikit je nak simpan nak buat apam n nak goreng2


TAPAI UBI

Ubi Kayu - rebus separa masak, jgn sampai terlalu lembut

- toskan, susun atas rak bersih dan biarkan benar2 sejuk
1 biji ragi - parut guna pemarut halus, sediakan tapisan halus

Susun ubi kayu yg telah sejuk, gunakan tapisan utk susun supaya air peraman turun ke bawah bekas. Dengan menggunakan penapis halus, tabur ragi pada ubi kayu. Gunakan sarung tangan, balikkan ubi dan tabur lagi biar sekata.

Tutup bekas rapat, balut dengan kain dan simpan dlm almari yg gelap. Selepas 2 hari, bolehlah dimakan.

NOTA : Tiada pantang larang menyediakan tapai, apa yg penting ubi mesti betul2 sejuk dan tangan mesti bersih semasa mengendalikan proses.