Cuti-cuti lagi, transit sekejap di sini, di Pantai Penarik. Banyak kedai2 makan berasaskan makanan laut yang disalut tepung, cicah lak ngan sos...sedap sangat. Sesiapa yang ke Kuala Terengganu melalui jalan pantai terutamanya pasti akan melalui kawasan2 ini. Banyak tempat boleh disinggah untuk menjamu selera.
Pantai di Terengganu ni cantik-cantik, bersih cuma tak digalakkan untuk mandi mandi kerana pantainya yang agak dalam. Lagi pula sekarang ni musim ombak kuat, jadi agak merbahaya. Apa apa pun pastikan keselamatan diutamakan.