2023-05-14

CITER RAYA 2023

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023, walaupun tinggal beberapa hari je lagi Syawal dah nak melangkah ke Zulkaedah.  Tak pe le, janji kita semua berbahagia hendaknya di hari yang mulia ini bersama keluarga tercinta.  Puasa dan raya tahun ni berperang dengan cuaca yang sangat panas melampau sampaikan hendak keluar berjalan pun terasa tidak sanggup nak redah bahang.

Seperti biasa hari raya kali ni berada di kampung bersama ibunda dan adik2 tercinta.  Masing-masing dengan tema masing-masing.  Balik je kampung harus le merayap merata cari tempat makan, cari port healing dan macam macam lagi.  Apa lagi tahun ni tahun kedua terpaksa balik berasingan dengan en suami, kerana cuti beliau ditarik balik pada saat-saat akhir oleh pihak pengurusan.  Maka berangkat le saya dan anak-anak balik terlebih dahulu n suami bertolak 2 hari sebelum hari raya.  

Tahun 2023 ni tema kami warna Burgundy, baju saya dan anak-anak seperti biasa tiap-tiap tahun memang dari air tangan sendiri.  Walaupun kain dah beli awal, memang tetap akan jadi saat-saat akhir gak baru siap hehehe....

Di sini nak simpan kenangan biskut-biskut hari raya yang saya buat untuk jualan.  Alhamdulillah tahun ni tak menang tangan, sebab tu le baju pun lambat siap...










SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN
2023

2023-01-19

Happy 2023


Telah hampir sebulan 2023 berjalan, sesekali kemaskini blog untuk kenangan...2022 berlalu dengan terlalu banyak memori, pahit ada, manis ada...perjalanan hidup tak selalunya indah, dugaan itu banyak.  Walau apapun kita jalani dengan penuh redha, semoga Allah membantu mempermudahkan semua kesulitan dan menjauhkan kita dari segala yang memudaratkan.

Walaupun zaman sekarang bukan lagi zaman blogger, warga sekarang ramai sudah beralih ke dunia fb, ig, twitter dan terkini tik tok.  Ya, kita berjalan seiring dengan perkembangan dunia IT tapi sebenarnya blog tetap menjadi diari terbaik untuk menyimpan kenangan.

Saya hadir sesekali dalam dunia blog sekadar untuk "keep track", in shaa Allah selagi mampu dan sempat, tetap hadir untuk mencoret.








2022-05-11

2022 Premium Butter Cake

 

Hari raya haritu memang open order untuk tempahan premium butter cake ni...alhamdulillah...x menang tangan nak siapkan, sayangnya x ada masa nak snap pic sebab dah terlalu keletihan...rugi pulak rasanya sbb tak abadikan kenangan tp masa tu fikir, ala...kek kosong je pun....sama je rupa sumer kek ni hehe...

Tak apa le, lain kali kita snap le.  Order dibuka sepanjang masa, yang berminat macam biasa boleh ke FB Page untuk tempahan, semua kena order x ada ready stock, fresh from oven k..untuk info harga, please scroll kanan blogpost ya...semua ada di sini, jgn le call tanya on d spot sbb kadang2 saya pun x simpan semua info dalam kepala 😅😅...kecuali untuk kek berdeco, yang tu basic harga dah ada di sebelah tapi untuk deco lain request akan ambil masa sikit saya kirakan kos ok...





SALAM AIDILFITRI 2022

Cepat sahaja masa berlalu, 2022 dah menjangkau ke Mei...dah hampir separuh tahun kita jengah...aidilfitri pun sudah kita sambut.  Alhamdulillah tahun ini rasanya meriah setelah 2 tahun kita tidak berpeluang menjenguk ke kampung halaman.  Syukur diberi kesempatan dan kesihatan yang baik untuk kita raikan bersama2 keluarga.  Pada yang telah pergi, kita panjatkan doa moga roh2 mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..Aaminn...

Alhamdulillah tahun ini saya bersama dengan keluarga di Kelantan...sangat gembira menghabiskan masa seminggu berhari raya, disulam juga berjalan2 memandangkan anak2 seronok dapat ronda-ronda jadi ambil kesempatan ke merata tempat, sekejap ke Bandar Kota Bharu, sekejap2 ke pekan berhampiran rumah, kemudian ronda pantai sampai ke Kuala Terengganu 😁...walaupun biasanya ambil masa 2 jam ke KT dari umah, musim raya bertambah lagi 2 jam kerana kesesakan jalan raya...ronda2 semata2 cari port coffee n makan colek je!!

Sebenarnya menghabiskan masa bersama anak2 itu je yang diutamakan...anak2 dah besar, tak lama lagi masing2 nak bawa haluan sendiri dah, masa tu kita sebagai orang tua mgkn dah x boleh nak terlalu involve sangat dgn kehidupan peribadi mereka.  Mereka mgkn ada impian sendiri, mgkn nak merantau, mgkn nak jalan2 negara orang pula dgn kawan2, dgn suami, dgn isteri....sementara berpeluang kita guna masa yang ada untuk 'bonding time' dengan anak2...selagi anak2 masih bersama kita, kita gunakan sebaik2 masa yang ada, rugi jika terbiar begitu sahaja.  Sebab itu sekarang ni, ada je masa lapang, saya akan ajak anak2 keluar, minum2 kopi, tengok wayang, jalan2 ronda2...memori semua tu untuk dikenang...



Di hadapan Masjid Kristal, Kuala Terengganu pada 4 Syawal /05 Mei 



Nusuk Cafe, Kuala Terengganu




2022-02-20

2022 and continues...

Lama betul x ambil kisah posting di blog.  Ntah...sepertinya tidak tahu apa hendak ditulis atau dikongsikan.  Macam-macam hal telah berlaku, dengan gejala covid nyer, vaksinasi, SOP itu ini dan banyak lagi le.

Korang semua dah selesai dos ke? Dah ambik booster?  Walau apa pun, semua tu hak individu.  Kita x perlu nak tunding jari nak salahkan sesiapa jika ada apa-apa terjadi.  Bagi saya, atas sebab tuntutan kerja, maka terpaksa le selesaikan semua dos, dan alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja.  Anak2 pun semua complete dos and selesai booster juga.  Apa-apa pun, kita usahakan yang terbaik untuk diri sendiri dan juga keluarga, jaga SOP dan jaga diri.  Sebagai bekas pesakit covid, yang pasti saya tahu covid is real.

Nak mulakan awal tahun ni  (walaupun dah masuk hujung Feb 2022) dengan kerja-kerja baking yang sedikit slow disebabkan tuntutan kerja dan faktor ingin reda seketika.  Faktor usia agaknya, mood dah x serancak dulu.  Tp saya masih memenuhi permintaan jika ada terutama dari pelanggan2 tetap.  Terima kasih sebab masih mencari hasil kerja saya.

Membuka tahun baru ini juga, sedikit hasil kerja memenuhi permintaan biras untuk majlis pertunangan anaknya.  Saya dengan berbesar hati sangat gembira untuk merealisasikan perkara tersebut.  Alhamdulillah, majlis telah selamat berlangsung.  Sedikit gambar untuk tatapan....










2020-11-17

BEEF LASAGNA


Beef Lasagna ni fav si bongsu.....dah lama dia request suruh buatkan lagi tp penyakit M tu lama betul bertenggek.....lagi pun nak buat tak boleh sikit2, kena sekali harung frozen sbb si bongsu rajin je bab panaskan makanan2 beku nih..buat stok utk sumer sekali satu umah

Sapa nak makan boleh buat sendiri ya

BEEF LASAGNA

SOS MERAH
1 kg daging kisar
700 gm sos spaghetti bolognaise ready made
1 tin @ 300 gm tomato puree
1 biji bawang holland - cincang halus
5 ulas bawang putih - cincang halus
10 biji shitake mushroom - hiris halus
5 sudu besar minyak zaitun - boleh tambah jika perlu
2 biji tomato - potong dadu
Garam/Gula/Serbuk Lada Hitam

Panaskan periuk, masukkan minyak zaitun dan tumis bahan cincang tadi hingga layu. Masukkan daging kisar, kacau hingga air kering. Masukkan shitake mushroom, kacau lagi. Masukkan sos spaghetti, tomato puri, garam, gula, serbuk lada hitam, tomato dan masak hingga siap

SOS PUTIH
3 sudu butter
2 sudu besar tepung gandum
1 liter susu segar (atau boleh lebihkan)
4 slice cheddar cheese keping
Sedikit serbuk lada putih
Garam/Gula

Cairkan butter, masukkan tepung gandum. Kacau hingga sebati, masukkan susu. Kacau lagi. Bila mendidih, masukkan cheddar cheese, serbuk lada putih, garam dan gula secukup rasa. Masak biar sedikit pekat. Ketepikan

BAHAN2 LAIN
Lasagna sheet/kepingan lasagna
(saya tak celur cuma patah2kan dan susun berselang seli sos, lebihkan sos supaya kepingan akan lembut.
Mozarella Cheese Shredded

SUSUNAN DARI BAWAH:
1 - Sos Merah
2 - Lasagna Sheet
3 - Sos Merah
4 - Sos Putih
5 - Shredded Mozarella Cheese
6 - Lasagna Sheet
7 - Sos Merah
8 - Sos Putih
9 - Shredded Mozarella Cheese
10-Lasagna Sheet
11-Sos Merah
12-Sos Putih
Last -Shredded Mozarella Cheese cover atas

Cover dengan foil bahagian atas, bakar selama 30 minit suhu 160'C convection oven, buka penutup sambung bakar lagi 30 minit. Siap/

Untuk resipi ni dapat 2 bekas saiz 8 in ni.....haih.....bila buat sendiri kos lagi mahal sbb sumer kita top up bnyk2 kan....tabur cheese pun melimpah2..

SHELL OUT DALAM KEBUN



Along request nak makan shell out, biasanya kami makan dkt kedai makan je.  So, hari minggu aritu, bagitau dkt en hubby minta belikan seafood2 mana yang ada le untuk buat shell out.  Plannya nak makan anak beranak dalam kebun, tempat saya bercucuk tanam pelbagai ulam-ulaman.  

Bila makan shell out ni keje masak mudah sebenarnya sebab cuma buat satu lauk sahaja, tak de le penat nak basuh2 pinggan sbb kita makan berhidang atas plastik sahaja.

SHELL OUT
Diolah dari sumber : Azlita Masam Manis

Bahan Tumis :
Bawang Putih
Bawang Merah
Halia
Daun Kari
Daun Limau Purut
Minyak

Bahan Kisar : 
Bawang Merah
Bawang Putih
Halia
Cili Kering - direbus lembut
Belacan
Udang Kering

Bahan Sos :
Serbuk Kari Ikan + Serbuk Kari Daging - jadikan pes
Sos Tiram
Sos Ikan
Serbuk Lada Ikan
Kiub Pati Ayam
Garam/Gula Jika Perlu

Seafood - Lala/Ketam/Sotong/Udang - direbus sekejap, simpan airnya
Sayuran - lobak merah/ubi kentang (rebus dan goreng sebentar)/Daun Parsley

Tumis bahan tumis terlebih dahulu.  Masukkan bahan kisar, biar hingga kering.  Masukkan rempah kari ikan/kari daging dan masak hingga pecah minyak.  Masukkan air, masukkan bahan2 sos lain.  Saya guna air dari rebusan bahan2 seafood.  Perasakan dan biar kuah pekat atau ikut sesuka hati.

2020-09-26

BIHUN GORENG SIMPLE


Hari minggu kan...kita masak yang simple2 sahaja, bihun goreng x payah lauk pauk bagai, yang ada dlm peti ais cuma sedikit sayur n bihun ni lak sumbangan dr bantuan masa pkp aritu.


BIHUN GORENG SIMPLE

1 bungkus bihun - saya guna cap keluarga, rendam dlm air hingga lembut.

Bahan Kisar:
5 ulas bawang putih
Segenggam udang kering
Sedikit air

Sayur yg disukai - saya guna karot, kailan, kobis dan taugeh

3 biji telur
1/2 ketul kiub pati ayam, hancurkan
Garam
Sedikit cuka
Air - sekiranya perlu

Panaskan minyak.  Tumis bahan kisar hingga naik bau.  Ketepikan, tuang telur di sebelah dan kacau rata.  Kemudian sebatikan, baru masukkan sayur sayuran tadi.  Bila dah layu, masukkan bihun.  Gaul rata, masukkan cuka, air dan serbuk perasa/garam.

Siap.

I LOVE PINK

I Love pink!!  
Dah lama berkenan set silikon ni...akhirnya dpt jugak grab.  Setelah survey berbulan lamanya, dpt gak le rembat satu set RM39,,,yg sudip pink tu lak RM6.90 satu, tngk stok cuma ada 2 jadi kita ambik sumer je le.  Si angsa pink tu pulak RM5.70 satu.

Skrg ni target cari yg pinky2 saja, tp x semua leh dpt pink sbb dah lama ada.  Utk yg baru je kita cari yg pink2.

Penimbang digital tu lak dah lama, x ingat dah harga berapa tp x sampai RM10.  

Ini dkt bilik baking kami.

2020-09-22

MY KEBUN DI MUSIM HUJAN

My kebun ni mostly ada ulam ulaman n pokok buah.  Pokok bunga ada le sepohon dua, x berapa minat nak tanam pokok yang x boleh digunapakai utk masakan.

Time2 hujan macam sekarang ni, rumput2 pun laju je tumbuh.  Pokok2 ulaman pun apa lagi, segar bugar.  Tak lupa skrg kami make sure letak Baja AB untuk kesuburan pokok.

Alhamdulillah, semua membesar bagai johan.  Daun kunyit pun sampai terlebih lebar dah.  Bila dah bnyk ni, x tahu pulak nak guna buat apa hahaha.  Nak simpan bagi tahan lama pun x pasti mcm mana.  Nanti le fikir mcm mana nak panjangkan usia daun2 ni.


Bayam Brazil ni semai dr batang, yg kami bwk balik lepas makan kat kedai hehehe.

Pegaga ni x tanam, asalnya jumpa tumbuh celah2 pokok nanas.  Kami alihkan dan skrg terus membiak. 

Kesum ni beli sebekas dr Cameron Highland.  Geram sbb semai x pernah menjadi.  Balik dr sana, terus cantas pucuk n cucuk2 dlm bekas polisterene ni.  Mix dgn baja, teruss segar bugar membesar.

Daun Kunyit ni asal hidup segan, mati x mau.  Haa kene le pepatah tu, alih dr tanah ke bekas polisterene, skrg dah sihat gebu.

2020-09-21

KE GANU JAP KITA - PANTAI PENARIK, TERENGGANU

 



Cuti-cuti lagi, transit sekejap di sini, di Pantai Penarik.  Banyak kedai2 makan berasaskan makanan laut yang disalut tepung, cicah lak ngan sos...sedap sangat.  Sesiapa yang ke Kuala Terengganu melalui jalan pantai terutamanya pasti akan melalui kawasan2 ini.  Banyak tempat boleh disinggah untuk menjamu selera.

Pantai di Terengganu ni cantik-cantik, bersih cuma tak digalakkan untuk mandi mandi kerana pantainya yang agak dalam.  Lagi pula sekarang ni musim ombak kuat, jadi agak merbahaya.  Apa apa pun pastikan keselamatan diutamakan.











FLOATING MARKET, PULAU SURI, KUALA BESAR, KELANTAN

First time sampai ke Pulau Suri di Kuala Besar, Kelantan.  Sambil-sambil balik menjenguk mak di kampung, sempat le singgah di sini sekejap.  Nak tengok apa yang menarik, itu je. 

Kuala Besar tak jauh dari Pantai Cahaya Bulan, berdekatan dengan LKIM Kelantan.  Jeti ke Pulau Suri sebenarnya ada beberapa, tetapi dari Kuala Besar, perjalanan cuma sekitar 10 minit sahaja.  Sesiapa takut nak menaiki sampan berenjin lama-lama sesuai le naik di sini.  Sungai Kelantan ni besar n agak dalam rasanya tp pengalaman yang menyeronokkan menaiki sampan ni.

Satu kepala dikenakan bayaran dalam RM2 sahaja dan biasanya satu sampan boleh memuatkan sekitar 5-6 orang sahaja.  Sebaik menaiki sampan, jangan lupa pakai life jacket yang disediakan, ini penting untuk keselamatan.

Pulau Suri ni cuma pulau kecil yang terletak berseberang sahaja dengan Kuala Besar, dekat sini bolehlah merasai pengalaman seperti berada di Floating Market Hatyai.  Lagi2 musim sekarang ni, pintu sempadan ditutup agak lama, jadi lepas le kempunan nak merasa tu. 

Orang agak ramai bersesak2 le juga.  Tempat duduk ada disediakan, tetapi tidak le mencukupi jadi ada disediakan juga tikar-tikar untuk disewa RM2 sahaja.  Jadi boleh le lepas beli makanan, santai-santai seperti berkelah di sini. 

Makanan ada dijual dekat sampan-sampan, ada juga dijual di atas daratan berdekatan.  Cuma servis agak lambat sehinggakan que nak membeli makanan punya le panjang, ada jugak yang tidak menghormati orang-orang yang sedang que dengan memotong barisan.  Dekat sejam juga le beratur untuk tiap2 makanan.

Untuk balik, bayaran dikenakan juga seperti masa nak masuk ke pulau.  Masa ni kena berebut nak naik sampan sebab tidak ada sistem que yang betul.  Jadi sapa cepat, dia le dapat.