2020-09-21

FLOATING MARKET, PULAU SURI, KUALA BESAR, KELANTAN

First time sampai ke Pulau Suri di Kuala Besar, Kelantan.  Sambil-sambil balik menjenguk mak di kampung, sempat le singgah di sini sekejap.  Nak tengok apa yang menarik, itu je. 

Kuala Besar tak jauh dari Pantai Cahaya Bulan, berdekatan dengan LKIM Kelantan.  Jeti ke Pulau Suri sebenarnya ada beberapa, tetapi dari Kuala Besar, perjalanan cuma sekitar 10 minit sahaja.  Sesiapa takut nak menaiki sampan berenjin lama-lama sesuai le naik di sini.  Sungai Kelantan ni besar n agak dalam rasanya tp pengalaman yang menyeronokkan menaiki sampan ni.

Satu kepala dikenakan bayaran dalam RM2 sahaja dan biasanya satu sampan boleh memuatkan sekitar 5-6 orang sahaja.  Sebaik menaiki sampan, jangan lupa pakai life jacket yang disediakan, ini penting untuk keselamatan.

Pulau Suri ni cuma pulau kecil yang terletak berseberang sahaja dengan Kuala Besar, dekat sini bolehlah merasai pengalaman seperti berada di Floating Market Hatyai.  Lagi2 musim sekarang ni, pintu sempadan ditutup agak lama, jadi lepas le kempunan nak merasa tu. 

Orang agak ramai bersesak2 le juga.  Tempat duduk ada disediakan, tetapi tidak le mencukupi jadi ada disediakan juga tikar-tikar untuk disewa RM2 sahaja.  Jadi boleh le lepas beli makanan, santai-santai seperti berkelah di sini. 

Makanan ada dijual dekat sampan-sampan, ada juga dijual di atas daratan berdekatan.  Cuma servis agak lambat sehinggakan que nak membeli makanan punya le panjang, ada jugak yang tidak menghormati orang-orang yang sedang que dengan memotong barisan.  Dekat sejam juga le beratur untuk tiap2 makanan.

Untuk balik, bayaran dikenakan juga seperti masa nak masuk ke pulau.  Masa ni kena berebut nak naik sampan sebab tidak ada sistem que yang betul.  Jadi sapa cepat, dia le dapat.